TERAJU @ Sekolah Pengajar 2026
Program kerjasama antara IPGKTB dan sekolah untuk meningkatkan kualiti pendidikan serta menyelesaikan isu pembelajaran murid. Program ini melibatkan pensyarah dan pelajar IPGKTB melalui aktiviti seperti:
- Perkongsian ilmu pedagogi
- Team teaching
- Kemampanan generasi MADANI
- Kecekapan teknologi
- MBMMBI
- Bimbingan instruksional (Instructional Coaching)
- Penyelidikan dan inovasi
Selain aktiviti di sekolah, pada akhir program peserta akan membentangkan dapatan dan maklum balas sebagai perkongsian amalan baik (showcase). Program ini berlangsung secara berterusan dari Januari hingga Jun 2026, dan hasilnya akan dibentangkan pada Julai 2026.
Kolokium Penyelidikan dan Inovasi 2026
Kesinambungan daripada bengkel Teknologi Digital Penyelidikan dan Inovasi (21–22 Januari 2026). Perkongsian online turut diadakan pada 28 Januari untuk pelajar dan guru sekolah pengajar.
Program tahunan JPPI ini bertujuan:
- Meningkatkan kefahaman pensyarah, pelajar dan guru tentang aplikasi teknologi digital (analisis data, reka bentuk inovasi, platform penyelidikan).
- Melatih peserta menyediakan dokumen penyelidikan dan inovasi secara sistematik dan menepati standard kolokium.
- Membantu membangunkan projek inovasi/penyelidikan berpotensi diangkat ke peringkat kampus dan negeri.
- Mewujudkan komuniti amalan (CoP) serta memperkasakan sekolah pengajar untuk berkongsi, membimbing dan menyokong pembangunan penyelidikan.
- Menjadi persediaan peserta untuk pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.